//Welcome to my bloggie . . .
//Welcome!



Assalamualaikum . Welcome to my territory ! Nor Suhana Binti Abidin | 19 Tahun | Dip Accountancy | Pahang .

STORY AUTHOR AWAK

Leave Your Text !



Big Claps!


Template By : Sya Fiqa Edited By : Honeysue



Ayah ,Kau Heroku . . .



Hari pertama kita wujud di muka bumi ini , kita terlebih dahulu didendangkan dengan laungan azan oleh seorang lelaki yang bernama ayah .Ayah lah orang pertama yang tersenyum gembira selepas kita dilahirkan . Setiap hari rasa begitu indah sejak kelahiran kita di dunia ini . 



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari,tapi tahukah kita sebenarnya ayahlah yang mengingati ibu untuk menelefon kita .? Semasa kecil ,ibu lah yang lebih kerap mendukung kita . Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian . Saat kita sakit ataupun demam , ayah sering membentak " Kan ayah dah cakap ,jangan minum ais! ".



 Saat kita sedang seronok meniti alam keremajaan ,kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tak payah!" . Sedarkah kita bahawa ayah kita hanya ingin menjaga kita daripada terjadi sesuatu dan bukan nya bermaksud hendak mengongkong kerana bagi ayah ,anak-anaknya adalah sesuatu yang berharga . Saat kita sudah dipercayaai.ayah mun mula melonggarkan peraturannya . Tapi kita telah melanggar kepercayaannya ,maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau walaupun mukanya kelihatan tenang .


Setelah kita dewasa , ayah telah menghantar kita ke kolej/University untuk belajar . Di saat kite memerlukan itu ini untuk keperluan kuliah ,ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak , beliau bekerja dengan lebih keras tanpa memikirkan kesihatannya semata-mata untuk memenuhi keperluan kita .Saat kita berjaya , ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu , ayah akan tersenyum dengan bangga sehingga ayah hendak mencanangkan kejayaan anaknya kepada seluruh penduduk .



Ketika jodoh kita datang , ayah sangat berhati-hati mengizinkannya . Soal jodoh memang ayah la orang pertama yang akan menunjukkan "Cerewet" nya kerana ayah hanya inginkan anaknya bahagia sepanjang hayat . Dan akhirnya saat ayah melihat kita sedang duduk bahagia di atas pelamin bersama pasangan ,ayah pun turut tersenyum bahagia . Adakah kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang rumah dan menangis gembira .? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia berdoa  "Ya Allah , tugasku untuk mendidik , merawat , menjaga anakku telahpun selesai dengan baik! bahagiakanlah putera puteriku yang manis ini bersama pasangan jodoh yang telah kau tetapkan " . . . 


Setelah itu ayah akan hanya menunggu kepulangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenuk .Dengan rambut yangkianmemutih dan badan yang kini tidak lagi berdaya seperti dulu . . AYAH ! KAU LAH HERO DALAM HIDUP KU . . . .


2 Tukang Komen